Rabu, 14 September 2011

Perarakan Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, majoriti sekolah-sekolah di Gugusan Manjoi telah menjayakan perarakan merdeka di sekeliling kawasan sekolah mereka pada 14 September 2011.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak dan terutama sekali daripada para pelajar.

Pelajar SMKKDAS berkumpul sebelum perarakan
Perarakan yang berlangsung di SMK Kg. Dato' Ahmad Said telah berlangsung selama sejam iaitu bermula sekitar jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Kebanyakkan dari pelajar sekolah ini telah membawa bendera sendiri dari rumah untuk mengibarkannya semasa berarak tersebut. Perarakan tersebut telah berakhir dgn sempurna. 
Pelajar-pelajar sedang berarak di jalan raya bersama guru
Pelajar-pelajar bersama guru-guru sedang berarak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan