Isnin, 5 September 2011

MP mengadakan rumah terbuka

Isnin, September 5, 2011
Sumber: thestar.com.my

Penduduk dari berbilang bangsa dan agama telah mengunjungi rumah terbuka yang telah diadakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan isteri Datin Seri Fauziah Kamarudin pada Hari Raya kedua (31 Ogos 2011). Majlis telah diadakan di kediaman beliau di Kampung Sungai Rokam, Ipoh.

Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan termasuklah kuey teow goreng, satay, rendang, cendol dan lemang.

Kanak-kanak juga menerima duit raya daripada Datuk Seri Ahmad Husni dan isteri, dan bag sumbangan yang mengandungi snek raya diagihkan kepada 46 warga emas dan orang miskin.

Ketua Gerakan Perak Datuk Chang Ko Youn dan ADUN Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim adalah antara VIP yang hadir di majlis tersebut.

Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim juga telah mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama di kediaman rasmi beliau. Datuk Roshidi berkata rumah terbuka MBI akan diadakan di Stadium Indera Mulia pada 17 September.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan