Sabtu, 18 Jun 2011

Pembangunan Gugusan Manjoi

Ipoh, dilihat dari Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 3

Sejarah

Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidal pada tahun 1900, yang berasal dari Bota, Perak. Dia dan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan penghidupan baru.

Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, “Manjoi” mengambil nama datuk Uda Kidal, Tok Manjoi, seorang yang alim. Uda Kidal sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri.

Ada juga cerita yang menyatakan nama “Manjoi” diambil dari nama isterinya, Manja. “Manja” bila disebut dengan dialek Parit, sounds like “manjé”. Akhirnya perkataan tersebut menjadi “Manjoi”

Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari Parit dan Bota berhijrah ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mulai dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh. Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang terbesar di Perak, dan di Malaysia.

Cabaran

Kurangnya perancangan bila tanah di sini mula-mula dibuka untuk penempatan telah menyebabkan ianya sukar dibangunkan. Kajian menunjukkan bahawa Gugusan Manjoi ketinggalan dari segi pembangunan, berbanding Silibin, Jelapang dan Meru. Kebanyakan rumah-rumah di sini tidak teratur dengan baik, dan 30% dari rumah-rumah di sini adalah dalam keadaan daif. Satu kajian pada tahun 2003 menunjukkan 50% dari penduduk di sini masih hidup di bawah paras kemiskinan. Yang selebihnya adalah dari kelas pertengahan – dari kelas kolar putih dan kolar biru.

Apabila Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh (1985) dilancarkan, Kampung Manjoi telah dikeluarkan dari pelan tersebut kerana penduduknya membantah bayaran cukai tanah, cukai pintu, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Oleh itu, Manjoi ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan lain di Ipoh.

Pembangunan

Pada 29 Januari 2003, Jawatankuasa Perancangan negeri telah bersetuju untuk membangunkan Gugusan Manjoi, supaya standing kawasan lain di Ipoh, seperti Silibin, Jelapang, Pasir Puteh dan Pengkalan, yang mana masing-masing mempunyai kompleks komersial dan rumah moden tersendiri.

Pelan pembangunan tersebut adalah mengikut Pelan Pembangunan Semula Gugusan Manjoi yang merangkumi lima tahun, bernilai RM300 juta. Matlamat utamanya ialah menjadikan Manjoi pusat komersial dan perkhidmatan sosial. Tugas membangunkan Manjoi diserahkan kepada Mentri Besar Perak ketika itu, Tajol Rosli Ghazali, PKNPK dan Jabatan Perancangan Bandar.


Kuarters Institusi Pendidikan, Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2

Bandar Baru Manjoi

Pembangunan BB Manjoi merangkumi pusat horticulture,  kawasan rekreasi, kawasan rekreasi memancing, pusat jagaan kanak-kanak, medan selera, plaza membeli-belah, balai polis, klinik kesihatan, stesen bas, pasar basah dan balai raya.

Pekan Tengku Hussein merangkumi 14 unit rumah kedai dan kemudahan penstrukturan semula. Pekan Dato’ Ahmad Said pula merangkumi ruang pejabat, kompleks kedai dan plaza membeli-belah.

Kerja pembinaan sepanjang Jalan Raja sedang dijalankan (pada Jun 2011)

Visi Pembangunan

  • Untuk membina sebuah kawasan kediaman bandar yang moden, maju dan berteknologi tinggi
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu
  • Mencapai kemajuan yang menyeluruh bagi bandar Ipoh
  • Untuk menggalakkan generasi kedua dan ketiga untuk kembali ke Manjoi bagi menyumbang tenaga dan kepakaran mereka
  • Untuk menggalakkan perkembangan ekonomi melalui aktiviti dan pelaburan ekonomi
  • Untuk memperbaiki sistem pengangkutan dan jalan raya
  • Untuk meningkat dan mengekalkan jumlah kemudahan
  • Untuk meningkat dan mengekalkan sistem pembentungan dan lanskap

Jalan Pintas ke arah Pembangunan

  • Mengenakan RM10 bagi menukar status tanah dari kediaman ke komersial
  • Hakmilik tanah selama 99 tahun
  • Diskaun premium dari 50% hingga 80% untuk membina semula rumah dlam tempoh tertentu
  • Memudahkan proses penukaran nama dari generasi pertama ke generasi kedua dan ketiga
  • Tiga tempat dikenalpasti sebagai bandar baru: Sg. Tapah, Tengku Huseein and Dato’ Ahmad Said.

Pelan Pembangunan dan Permodenan Gugusan Manjoi

Fasa pertama pelan pembangunan telah dirasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pasa waktu itu, pada 22/10/2007. Fasa pertama melibatkan bangunan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi, termasuklah Pejabat Tanah dan Daerah, pusat perniagaan dan stadium mini.


Pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di sana adalah bertujuan menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menstruktur semula dan membina beratus rumah kedai mampu-milik (hampir semuanya di bandar baru). Ini adalah bertujuan menggalakkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Manjoi.

Kerja pembinaan sedang dijalankan pada Jun 2011

Projek tersebut juga melibatkan infrasturktur seperti membina semula jalan raya, memperbaiki kemudahan komunikasi dan awam, dan mengatasi masalah pengangkutan awam, yang telah sekian lama menghantui penduduk setempat.

Fasa kedua pelan ini ialah membangunkan Bandar Manjoi, Pekan Tengku Hussein, and Pekan Dato’ Ahmad Said, yang mana masih dalam pembinaan (2009).

Deretan kedai yang baru disiapkan di Jalan Padang, Kg. Tengku Hussein

10 unit rumah kedai rakyat yang sudah disiapkan di Kledang Jaya, berhampiran Kg. Tengku Hussein Hujong

Kompleks membeli-belah yang sudah disiapkan di Jalan Padang, Kg. Tengku Hussein

Salah satu dari dua deretan rumah kedai yang sudah lama didirikan di hujung Jalan Pasar, Kg. Sungai Tapah Tambahan

Telah diambil dan diadaptasi dari wikipedia.org/wiki/Manjoi

** Sila ambil perhatian bahawa maklumat dari Wikipedia mungkin telah luput. Sila rujuk dengan pihak yang berkenaan untuk maklumat yang terbaru.
.

Tiada ulasan:

Catat Komen