Sabtu, 18 Jun 2011

Majlis Perasmian Program Peningkatan Akademik dalam Gugusan Manjoi

Program ini telah diadakan pada 18 Jun yang lalu bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Majlis ini telah dianjurkan oleh Ahli Parlimen Tambun dan Pejabat Pentadbiran Daerah Kinta Utara.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan peratusan akademik pelajar-pelajar di sekolah-sekolah sekitar kawasan Gugusan Manjoi. Program ini juga khas ditujukan kepada guru-guru dan ibu bapa terutamanya.

Sebanyak 400 orang telah hadir, namun hanya ¼ daripada jumlah tersebut adalah ibu bapa dan selebihnya guru-guru sekolah. Majlis ini telah dirasmikan khas oleh YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun / Menteri Kewangan 2. Beliau telah menyampaikan ucapan dan sedikit tips kepada ibu bapa dan guru-guru untuk membantu anak-anak menjadi insan yang berjaya.

Acara penyampaian cek

Beliau juga telah menyumbangkan cek yang bernilai sebanyak RM18,430.00 bagi menjayakan lagi Program Peningkatan Akademik ini.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan