Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2021

MBI lantik MUMSB uruskan sisa pepejal di Meru dan Manjoi

Sumber: MyMetro: https://www.hmetro.com.my

BERNAMA

Photo: NSTP archive


Ipoh: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melantik Syarikat Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. (MUMSB), bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam bandar raya Ipoh, bermula 1 Jan.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat permulaan perkhidmatan berkenaan akan tertumpu di zon Meru yang membabitkan 10,649 premis dan zon Manjoi membabitkan 5,696 premis.

"Untuk 1 Jan ini, kita akan mulakan dulu perkhidmatan ini di zon Meru dan pada 1 April nanti, syarikat itu akan mula beroperasi di zon Manjoi. Saya berharap perkhidmatan yang dijalankan di zon Meru dan zon Manjoi ini akan berjalan lancar sepertimana diharapkan.

"Dalam masa yang sama, ia akan diperluaskan di zon lain dalam kawasan pentadbiran MBI. Buat masa ini, kita sedang kenal pasti beberapa kawasan yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan perkhidmatan ini," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Operasi Kutipan Sampah Di Meru dan Manjoi di sini hari ini.

Beliau berkata, selain perkhidmatan berkenaan, MUMSB juga akan membekalkan kemudahan tong sampah di semua premis yang melibatkan kedua-dua zon tersebut, bagi memudahkan proses kutipan dijalankan.

"Tong sampah itu mematuhi piawaian antarabangsa selain mempunyai roda, penutup dan dilengkapi dengan cip Radio Frequency Identification (RFI) yang berfungsi bagi mengesan lokasi tong terbabit," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 12:44 PM

Isnin, 25 November 2019

Majlis Khatan Perdana 2019 di SKDAST

Pada 24 Nov. 2019, telah berlangsung Majlis Khatan Perdana 2019 anjuran Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Manjoi dengan kerjasama Sek Keb Dato' Ahmad Said Tambahan, pihak bomba, penghulu dan ketua-ketua kampung.


   




Isnin, 23 September 2019

Pertandingan Bola Sepak Piala Hj Asmuni bawah 12 tahun

Berita dan gambar dari PUSAT Khidmat Peduli Rakyat ADUN Manjoi.

Pada 21 September 2019, Pertandingan Bola Sepak Piala Hj Asmuni bawah 12 tahun telah berlangsung di Stadium Mini Kg Tengku Hussein.

         



Rabu, 18 September 2019

Dua Program Bulan Kemerdekaan 2019

Berita dan gambar dari PUSAT Khidmat Peduli Rakyat ADUN Manjoi.

Pada bulan September 2019 lalu, dua program masyarakat di sekitar DUN Manjoi sempena Bulan Kemerdekaan 2019, Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

Kayak Merdeka Ria

    

Merdeka Fun Run

     



Sabtu, 14 September 2019

Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan di SMK Dato' Ahmad Said Tambahan 2

Berita dan gambar dari Shuhairi Abd Hamid.

Pada 13 September 2019, Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan di SMK Dato' Ahmad Said Tambahan 2 telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Ipoh.

     


Jumaat, 16 Ogos 2019

Pemotongan pokok berisiko tinggi oleh DBI

Berita dan gambar dari PUSAT Khidmat Peduli Rakyat ADUN Manjoi

Pada 15 Ogos, team lanskap DBI telah membantu dengan menebang pokok yg menganggu lalulintas dan bahaya apabila berlaku ribut di Kampung Jelapang Baru.




Selasa, 15 Januari 2019

Perasmian Akademi Bola Sepak Dun Manjoi

Pada 13 Jan. 2019 yang lalu, YB Hj. Asmuni Awi telah merasmikan Akademi Bola Sepak DUN Manjoi di padang Kampung Tg. Hussein, Ipoh.

Gambar dari facebook.com/hajiasmuniawi dan facebook.com/pkpradunmanjoi.