Rabu, 15 Jun 2011

Kawasan Persekitaran Gugusan Manjoi

Kawasan Persekitaran

Gugusan Manjoi adalah berdekatan beberapa lokasi penting di Ipoh:

  • Silibin
    • Pusat komersial yang popular di Ipoh, Silibin terletak sepanjang Jalan Silibin, di selatan Gugusan Manjoi. Pusat komersial Silibin terletak betul-betul di hala masuk Gugusan Manjoi (melalui Tg. Hussein Baru) Anda boleh temui macam-macam di sini – daripada lawyer hinggalah rawatan refleksologi. 
    .
  • Jelapang
    • Kawasan komersial yang juga popular, terutamanya dengan pasarnya, terletak di sepanjang Jalan Jelapang (dari Jalan Silibin ke lebuhraya PLUS). Bandar Jelapang adalah pusat komersial yang sibuk terletak di tengah-tengah jalan yang panjang tersebut.
    .
  • Meru
    • Meru merangkumi Taman Meru, Meru Heights, Taman Jati dan semua yang berada di kawasan itu, di bahagian utara Jalan Jelapang. Sekarang, itu juga merangkumi Mery Raya, 209 ekar, berstatus MSC Malaysia Cybercentre (Mei 2007) berhampiran lebuhraya. Ianya masih dibangunkan dan berkembang. 
    .
  • Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Maxwell (Jalan Tunku Abdul Rahman)
    • Jalan Maxwell pernah menjadi pusat komersial yang penting, tetapi Silibin telah mengambil alih kepentingannya. Walau bagaimanapun, ianya masih penting bagi penduduk disekitarnya. Jalan Kuala Kangsar pula popular kerana ianya merupakan jalan perhubungan yang penting. Ianya terkenal dengan pasu bunga, dan bunga dan perhiasan plastic. Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di jalan ini.

Peta Google

View manjoi.my in a larger map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan