PENGENALAN

Selamat Datang

Manjoi atau Gugusan Manjoi terletak di Bandaraya Ipoh, Negeri Perak, Malaysia dan di bawah pentadbiran Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta.

Ia terdiri daripada beberapa perkampungan Melayu yang dinamakan Gugusan Manjoi:
  • Kampung Manjoi
  • Kampung Manjoi Baru
  • Kampung Manjoi Baru Tambahan
  • Kampung Manjoi Lama
  • Kampung Tengku Hussein
  • Kampung Tengku Hussein Lama
  • Kampung Tengku Hussein Hujung
  • Kampung Sungai Tapah
  • Kampung Sungai Tapah Tambahan
  • Kampung Sungai Tapah Hujong
  • Kampung Seberang Sungai Tapah
  • Kampung Dato' Ahmad Said
  • Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan (I, II, III)
  • Kampung Tersusun Jelapang Baru

Objektif
Laman ini merupakan usaha dari komuniti (seperti anda dan saya) untuk komuniti Gugusan Manjoi.
Diharap maklumat yang dikongsi bersama dalam laman ini dapat dimanfaatkan oleh semua.
Sekiranya anda mempunyai idea atau maklumat yang ingin dikongsi bersama, sila hubungi pentadbir laman ini.

Ingin membantu komuniti Gugusan Manjoi? 
Anda boleh menghubungi pentadbir laman ini di admin[a]manjoi.my

.

Tiada ulasan:

Catat Komen