Jumaat, 8 Januari 2021

MBI lantik MUMSB uruskan sisa pepejal di Meru dan Manjoi

Sumber: MyMetro: https://www.hmetro.com.my

BERNAMA

Photo: NSTP archive


Ipoh: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melantik Syarikat Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. (MUMSB), bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam bandar raya Ipoh, bermula 1 Jan.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat permulaan perkhidmatan berkenaan akan tertumpu di zon Meru yang membabitkan 10,649 premis dan zon Manjoi membabitkan 5,696 premis.

"Untuk 1 Jan ini, kita akan mulakan dulu perkhidmatan ini di zon Meru dan pada 1 April nanti, syarikat itu akan mula beroperasi di zon Manjoi. Saya berharap perkhidmatan yang dijalankan di zon Meru dan zon Manjoi ini akan berjalan lancar sepertimana diharapkan.

"Dalam masa yang sama, ia akan diperluaskan di zon lain dalam kawasan pentadbiran MBI. Buat masa ini, kita sedang kenal pasti beberapa kawasan yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan perkhidmatan ini," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Operasi Kutipan Sampah Di Meru dan Manjoi di sini hari ini.

Beliau berkata, selain perkhidmatan berkenaan, MUMSB juga akan membekalkan kemudahan tong sampah di semua premis yang melibatkan kedua-dua zon tersebut, bagi memudahkan proses kutipan dijalankan.

"Tong sampah itu mematuhi piawaian antarabangsa selain mempunyai roda, penutup dan dilengkapi dengan cip Radio Frequency Identification (RFI) yang berfungsi bagi mengesan lokasi tong terbabit," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 12:44 PM

Isnin, 25 November 2019

Majlis Khatan Perdana 2019 di SKDAST

Pada 24 Nov. 2019, telah berlangsung Majlis Khatan Perdana 2019 anjuran Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Manjoi dengan kerjasama Sek Keb Dato' Ahmad Said Tambahan, pihak bomba, penghulu dan ketua-ketua kampung.