Rabu, 15 Jun 2011

Ringkasan Gugusan Manjoi

Gambaran Am

Klik peta untuk saiz sebenar
Gugusan Manjoi adalah sebuah gugusan kampung Melayu di barat Ipoh, Perak, Malaysia. Ianya kira-kira 560.8 hektar/1402 ekar luas dan merangkumi lima kampung, yang masing-masingnya terbahagi kepada beberapa bahagian kecil:

1.                  Manjoi
a.      Manjoi Lama
b.      Manjoi Baru
c.      Manjoi Baru Tambahan

2.                  Tengku Hussein
a.      Tengku Hussein Lama
b.      Tengku Hussein Baru
c.      Tengku Hussein Hujong

3.                  Dato’ Ahmad Said (DAS)
a.      DAS
b.      DAS Tambahan 1
c.      DAS Tambahan 2
d.      DAS Tambahan 3

4.                  Sungai Tapah
a.      Sungai Tapah
b.      Sungai Tapah Tambahan
c.      Sungai Tapah Seberang

5.                  Jelapang Baru

Dahulunya kebanyakan kawasannya adalah bekas lombong bijih timah dan ladang getah. Kini, Gugusan Manjoi menempatkan lebih kurang 40,000 orang penduduk. Terdapat lebih kurang 210 perniagaan di sini yang mana 90% dimiliki oleh peniaga kecil.


.

Tiada ulasan:

Catat Komen