Khamis, 23 Jun 2011

Mengurangkan tempat pembuangan sampah haram

Berita asal: thestar.com.my: Cut out illegal dumping
(Berkaitan: In pursuit of a cleaner city)


Denda yang lebih tinggi atas kesalahan membuang sampah merata-rata tempat

Datuk bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim

Datuk bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim mengumumkan semalam (22 Jun 2011) bahawa berkuatkuasa serta merta, sesiapa yang didapati membuang sampah di tempat pembuangan sampah haram akan dikenakan denda yang lebih tinggi – dari RM250 kepada RM500; kenaikan 100%.

Beliau berkata, kenaikan tersebut adalah kerana MBI serius dalam mengatasi masalah sampah di Ipoh. Beliau berharap ianya akan dapat mengurangkan masalah tempat pembuangan sampah haram disekitar bandaraya ini.

Datuk Roshidi juga berkata jumlah tempat pembuangan sampah haram telah berkurangan dari 350 kepada 250 dalam masa enam bulan lalu hasil daripada pengawasan penguatkuasa MBI.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan