Khamis, 23 Jun 2011

Datuk Michelle Yeoh akan mengadakan lawatan khas

Berita asal: thestar.com.my: Celebrity pledges special visit

Datuk Roshidi Hashim dan Datuk Michelle Yeoh memegang T-shirt rasmi Ipoh International Run 2011 di sidang media

Bintang antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh, yang berasal dari Ipoh, akan mengadakan lawatan ke sekolah yang mempunyai jumlah peserta tertinggi dalam Ipoh International Run 2011.

Walaupun beliau tidak dapat hadir ke acara tersebut, beliau akan melawat ke sekolah yang terpilih itu sebagai duta Ipoh International Run 2011, setelah dilantik oleh Datuk bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Acara Ipoh International Run 2011 akan berlangsung di Stadium Indera Mulia pada 3 Julai 2011, pada pukul 6.45 pagi. Peserta akan dilepaskan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Sejumlah 13,000 peserta dijangkakan menyertai acara antarabangsa ini, termasuk peserta dari Singapura, Kenya, Jepun dan Thailand.

Menurut Datuk Roshidi Hashim, sekolah yang mempunyai jumlah peserta tertinggi akan dihadiahkan RM1000; tempat kedua RM750 dan tempat ketiga RM500.

Terdapat 11 kategori dan yuran pendaftaran bermula dari RM5 hingga RM20.

Semua peserta dikehendaki mendaftar sebelum pukul 12 tengahari, 27 Jun 2011. Pendaftaran yang lewat akan dikenakan denda RM7, penambahan atas yuran pendaftaran.

Untuk maklumat tambahan:
www.mbi.gov.my
www.ipohrun.com
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan