Rabu, 29 Jun 2011

Warga Perak diingatkan tentang diskaun 80% atas premium tanah apabila memperbaharui tanah pajakan

Berita asal: thestar.com.my/metro

Warga Perak yang tinggal di kawasan skim penduduk diingatkan supaya memastikan mereka menerima diskaun 80% apabila mereka memperbaharui premium tanah pajakan 99 tahun mereka.

Timbalan Presiden MCA Datuk Ho Cheng Wang berkata, ramai penduduk masih tidak mengetahui tentang diskaun tersebut, yang telah digunakan oleh exco negeri dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Disebabkan mereka tidak tahu, mereka membayar harga premium tanah yang tinggi apabila mereka memperbaharuinya, setengah-setengahnya mencecah beribu ringgit," kata beliau.

Beliau juga mahu PTG mempunya formula yang konsisten dalam mengira diskaun tersebut kerana lain pejabat daerah menggunakan formula yang berbeza.

"Disebabkan tiada formula yang khusus, ianya bergantung kepada pejabat daerah tersebut dalam membuat kiraan itu, dan ini sangat mengelirukan semua orang," kata beliau.

Beliau menambah bahawa setengah-setengah juga tidak menjelaskan cara premium dikira dalam Borang 5A, yang memberitahu mereka tentang tamatnya pajakan, dan ini sangat tidak adil kepada orang ramai.


Nota dari manjoi.my:

Keseluruhan kawasan Gugusan Manjoi adalah tanah pajakan 99 tahun. Sila semak geran sementara anda untuk mengetahui bila tarikh tamatnya.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan