Khamis, 1 Mac 2018

MBI ambil alih stadium mini Manjoi

Normawati Adnan | www.sinarharian.com.my
23 Februari 2018



Dr. Zambry (kanan) menyempurnakan majlis pecah tanah Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi di Jalan Tapah, Kampung Manjoi pada 23 Februari lalu.

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengambil alih pengurusan stadium mini Manjoi di Jalan Tapah, di sini selepas kemudahan itu terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan, sejak hampir 10 tahun lalu.

Pewartaan ambil alih daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta itu diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, semalam selepas melihat keperluan kemudahan berkenaan dibangunkan semula bagi kegunaan penduduk.

Menurutnya, sebagai sebuah perkampungan Melayu terbesar di negara, Gugusan Manjoi yang mempunyai lebih 4,500 kediaman sewajarnya memiliki fasiliti lengkap termasuklah riadah dan bersukan.

“Lokasi di sekeliling kawasan ini sendiri sudah strategik, selain gerai kita juga merancang untuk bangunkan taman rekreasi awam, jadi kita tidak mahu kemudahan sedia ada di stadium mini ini terbiar begitu sahaja.

“Biarlah MBI ambil alih, mereka punya kebolehan dan kepakaran untuk mengurus serta menjaga kawasan ini,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan