Sabtu, 25 Februari 2012

RM80,000 disalurkan kepada mangsa banjir

Berita dari: peraktoday.com | Sabtu, Feb 25, 2012

Imej dari: umno-online.com

Nasib 245 mangsa banjir kilat di Gugusan Manjoi awal pagi Isnin lalu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang menyumbangkan bantuan bernilai RM80,000 di dewan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taufiqiah, Kampung Tengku Hussin, dekat Ipoh, hari ini.

Setiap mangsa menerima wang tunai RM300 yang diharap dapat meringankan beban mereka untuk menanggung beban perbelanjaan harian dan membeli barang kelengkapan rumah yang rosak.

Isnin lalu, lebih 200 penduduk dari sekitar Gugusan Manjoi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter akibat hujan luar biasa yang turun awal pagi ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.

Akibat rempuhan arus yang deras, sebuah jambatan konkrit berdekatan Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup pagi itu termasuklah SK Sungai Pari dan SK Puteri, dekat Buntong.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan