Rabu, 28 Disember 2011

Perkhidmatan Shuttle di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)


Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kini menyediakan perkhidmatan 'shuttle' percuma kepada orang ramai yang ingin berurusan di hospital berkenaan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan itu.


Di dalam kawasan hospital, terdapat lima perhentian iaitu:
1. Asrama jururawat
2. Kompleks rawatan harian
3. Dewan bersalin
4. Kawasan letak kereta wad bersalin
5. Kawasan kecemasan (drop zone).

Perkhidmatan shuttle ini juga berhenti di Velodrom Rakyat.


Kemudahan percuma yang disediakan antara pukul 6.30 pagi hingga 6 petang setiap hari, kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum. Kekerapan perkhidmatan ialah di antara 30 minit yang mengelilingi lima perhentian tersebut dalam kawasan HRPB.


Lagi berita di hipoh.moh.gov.my dan flowersofnation.my.

Copyrights reserved by hipoh.moh.gov.my dan flowersofnation.my.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan