Isnin, 15 Januari 2018

Program Jelajah Veteran Sehati Sejiwa Negeri Perak 2018

Program Jelajah Veteran Sehati Sejiwa Negeri Perak dianjurkan bersama Kelab Skuad Sayang Veteran Malaysia (S2V), Persatuan Veteran ATM, Persatuan Bekas Polis Malaysia, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Malaysia, Majlis Belia Negeri Perak dengan kerjasama Alumni Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia, Kelab Veteran MAYC Negeri Perak dan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN).
Antara aktiviti yang turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan oleh Pegawai Klinik Kesihatan serta jamuan makan bersama rakyat. Selain itu, terdapat penyampaian anugerah dan sumbangan kepada Pejuang, Warga Veteran, Ibu Tunggal, Asnaf dan Rumah Anak Yatim.

Bagi DUN Manjoi, Program Jelajah Veteran Sehati Sejiwa ini telah diadakan pada 13 Januari 2018 di Dewan Serbaguna Taman Meru Ipoh, bermula 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Program telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak.


Berita dari mbnperak.org.my. Gambar dari facebook.com/pusatkhidmatadun.manjoi.











 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan