Khamis, 26 April 2012

Dr Zambry berbasikal ke kampung-kampung terpencil

Khamis 26 April, 2012
Oleh CHAN IP Leen
lileen@thestar.com.my


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mula berbasikal untuk sampai kepada rakyat.

Berbasikal, menurut beliau, adalah suatu cara yang lebih mudah dan lebih berkesan untuk sampai ke kampung-kampung yang jauh.

"Berbasikal ke kawasan luar bandar adalah lebih mudah," katanya selepas melaksanakan cabaran berbasikal 50km yang sangat meletihkan sepanjang perjalanan di Daerah Kinta, baru-baru ini.

"Ia membolehkan saya untuk bertemu rakyat dalam suasana yang mesra, mendengar masalah mereka dan menawarkan bantuan yang diperlukan," katanya.


Perjalanan yang mudah: Dr Zambry (tengah) dan rombongannya melalui pekan lama Ipoh.

Bermula seawal 7 pagi dari kediaman rasmi beliau, Dr Zambry, dengan rombongan 700 orang termasuk setiausaha negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan lain-lain pegawai kanan kerajaan, memulakan perjalanan mereka ke Kampung Ulu Chepor di Chemor.

Dr Zambry kemudian menuju ke Kampung Tengku Hussein dan kampung-kampung lain di Gugusan Manjoi di mana beliau bertemu dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memberi bantuan kewangan.

Hentian seterus beliau ialah Kampung Temiang dan kemudiannya Kampung Seri Kinta di mana beliau memberi kelulusan segera untuk membina semula rumah untuk empat keluarga miskin.

Projek itu akan dilaksanakan oleh Yayasan Bina Upaya Datuk Ridzuan.

Merendah diri: Dr Zambry (dua dari kiri) menolong di dapur ini, membantu memotong bawang dengan penduduk rumah pangsa Majlis Bandaraya Ipoh.

Di Kampung Pasir Puteh, Dr Zambry menyerahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sebelum berakhirnya pusingan kedua program Berbasikal 1Malaysia, dengan menghadiri jamuan rakyat dengan kira-kira 1,000 penduduk tempatan.

Sejumlah RM30, 000 juga telah diluluskan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengku Hussein dan Kampung Pasir Puteh bagi projek-projek infrastruktur yang akan dijalankan.

Terdahulu, Dr Zambry dan rombongan telah melawat Kinta Heights, pangsapuri Cherry Park dan rumah pangsa Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Hospital untuk memeriksa tahap kebersihan mereka.


Hak cipta oleh thestar.com.my
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan