Ahad, 31 Julai 2011

Majlis Perasmian Surau Al-Hassaniah, 30 Julai 2011


Pada hari Sabtu, 30 Julai 2011 yang lalu, Surau Al-Hassaniah, yang terletak di Jalan Raja Suran, Kampung Seberang Sungai Tapah yang telah siap dibina baru-baru ini, telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II/Ahli Parlimen Tambun, dan dihadiri oleh ketua-ketua kampung dan ahli JKKK.

Majlis telah dimulakan awal-awal pagi lagi (8.00 pagi) dengan Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun. Sementara menunggu keputusan pemenang dan ketibaan YB, nyanyian nasyid berkumandang di speaker surau.

Acara perasmian surau dijalankan sebaik sahaja ketibaan dan ucapan ringkas dari YB. Beliau menandatangani Plak Perasmian di pintu masuk surau.

Selepas acara perasmian, Pertandingan Teh Tarik pula dijalankan dengan penuh meriah. Pelbagai ragam dan gaya peserta dapat ditonton dipertandingan ini.

Hadiah bagi pemenang-pemenang Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Teh Tarik telah disampaikan sebagai acara yang terakhir.

Sebelum bersurai, semua yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.

Majlis berakhir lebih kurang pukul 12.30 tgh.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan