Khamis, 16 Jun 2011

Sejarah Gugusan Manjoi

Sejarah Ringkas

Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidal pada tahun 1900, yang berasal dari Bota, Perak. Dia dan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan penghidupan baru.

Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, yang masih tinggal di sini, “Manjoi” mengambil sempena nama datuk Uda Kidal, Tok Manjoi, seorang yang alim. Uda Kidal sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri.

Ada juga cerita yang menyatakan nama “Manjoi” diambil dari nama isterinya, The Manja. “Manja” bila disebut dengan dialek Parit, sounds like “manjé”. Akhirnya perkataan tersebut menjadi “Manjoi”

Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari Parit dan Bota berhijrah ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mulai dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh. Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang terbesar di Perak, dan di Malaysia.

Sumber: wikipedia.org/wiki/Manjoi

2 ulasan:

  1. kome..letak le...gambo lame manjoi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kome bagi la gambo lame nyer. Nanti teman update le :)

      Padam